Program Ceria Kembali ke Sekolah Bantu Ringankan Beban Rakyat

PUTRAJAYA – Sesi persekolahan tahun 2020 yang bakal bermula menjadi perhatian UMNO Putrajaya untuk menghulurkan bantuan khususnya memenuhi keperluan anak-anak tempatan.

Melalui Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, sumbangan diberi menerusi Program Ceria Kembali ke Sekolah yang disempurnakan oleh Ketua Pemudanya, Dr Tengku Iqbal Munawwir Tengku Adnan.

Program yang telah menjadi acara rutin bagi bahagian UMNO Putrajaya ini telah diadakan di Pasaraya MU Presint 15, di sini, hari ini.

Dalam ucapannya Dr Tengku Iqbal melahirkan penghargaan kepada penduduk setempat yang sentiasa menyokong usaha UMNO untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Terima kasih kepada yang hadir dan sentiasa menyokong kita. Insya-Allah kita akan membantu mengurangkan beban penduduk khususnya menjelang sesi persekolahan,” katanya. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada December 28, 2019 - 4:59 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.