BeritaRencana

Khidmat Tanpa Henti, Parlimen Putrajaya Teruskan Keprihatinan

PUTRAJAYA – Meskipun bergelar pembangkang namun ia bukanlah noktah kepada khidmat tanpa henti Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi meneruskan keprihatinan terhadap mereka yang dilanda musibah iaitu menerusi Biro Kebajikan Parlimen terbabit.

Terbaru, Biro Kebajikan Parlimen Putrajaya yang diketuai pengerusinya, Puan Husna Abd Rahaman telah meneruskan tradisi turun padang dengan menziarahi penduduk tempatan yang ditimpa keuzuran termasuklah mereka yang menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Bukan itu saja, perkhabaran berkaitan kesihatan warga Putrajaya sentiasa diutamakan termasuklah mereka yang terlantar di rumah dengan dikunjungi bersama-sama.

Kunjungan kali ini melibatkan kawasan di sekitar Presint 9, Presint 11, Presint 16 dan Presint 18.

Selain sedikit sumbangan juga dihulur bagi membantu meringankan bebanan yang ditanggung di samping kata-kata semangat dan sokongan moral diberi kepada pesakit serta keluarga yang merawat.

Justeru, sama-samalah kita doakan kesembuhan kepada mereka yang ditimpa kesakitan dengan dipermudahkan segala kesulitan serta dilimpahi kesabaran untuk berdepan pelbagai ujian. – UMNOPutrajaya