Saloma Link… Mercu Tanda KL Hasil Idea Tengku Adnan

Satu lagi mercu tanda Kuala Lumpur yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu Saloma Link telah dibuka secara rasmi pada 6 Feb lalu. Dengan ciri binaan yang menakjubkan, senibina hebat diadaptasi dari konsep sirih junjung yang amat dekat dengan adat budaya masyarakat Melayu dan menjadikan Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia sebagai inspirasi.

Namun begitu, disebalik kebanggaan serta gah yang wujud berkaitan ikon Bandaraya ini, nama mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu diangkat kerana beliaulah yang mencetuskan idea untuk mewujudkan tarikan baru tersebut.

Usaha Datuk Seri Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya bukanlah semata-mata untuk mencantikkan Ibu Kota tetapi juga bagi memberi keselesaan kepada para penduduk. Ini kerana Saloma Link tersebut akan memudahkan penduduk di Kampung Baru yang tidak perlu menempuh kesesakan trafik untuk ke Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Dengan adanya Saloma Link penduduk di Kampung Baru hanya perlu berjalan kaki sekitar 10 minit untuk sampai ke KLCC dan ini tentunya akan memberi pulangan ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat.

Inilah projek jambatan pejalan kaki yang diluluskan oleh kerajaan sewaktu Barisan Nasional berkuasa dengan Datuk Seri Tengku Adnan sendiri mengambil serius hal-hal berkaitan pemodenan dan pengindahan Wilayah Persekutuan.

Perancangan mewujudkan laluan pejalan kaki sebagaimana Saloma Link yang juga dapat menarik para pelancong terkandung dalam sesi pentadbiran Datuk Seri Tengku Adanan sebagai uasah meningkatkan imej Ibu Kota dengan aplikasi pengindahan melalui NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Ini turut membabitkan River of Life, Pedestrian Walkway, Heritage Trails, Greener Kuala Lumpur, MyRapid Transit (MRT), Sewerage Non-River, Greener KL, dan Solid Waste Management serta pelbagai lagi usaha-usaha kerajaan lalu yang hari ini cuba diangkat oleh kerajaan baru.

Sememangnya melihat kepada pentadbiran kerajaan baru hari ini ternyata terlalu banyak usaha mantan Menteri Wilayah Persekutuan yang cuba dinafikan sedangkan Datuk Seri Tengku Adnanlah yang mempelopori isu miskin bandar dan perumahan hingga mewujudkan apa yang disebut Rumah Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PR1MA) serta penyerahan unit rumah di bawah Program Baiti Jannati @Wilayah Persekutuan kepada golongan asnaf.

Ternyata kerajaan di bawah BN lebih prihatin sebagaimana ‘Kata Dikota Janji Dilaksana’ yang amat sinonim dengan rakyat. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada February 10, 2020 - 2:00 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.