BeritaRencana

#PerintahLaranganPergerakan: Ketua Kampung Prihatin, Warga Putrajaya Terus Terbela

PUTRAJAYA – Perintah Larangan Pergerakan ekoran penularan virus COVID-19 telah membataskan rakyat untuk melakukan aktiviti seharian termasuklah keluar bekerja yang tentunya akan mengundang kegelisahan kepada mereka terlibat.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ketua Kampung’ dikalangan penduduk tempatan prihatin akan kerisauan mereka yang terjejas dari segi pendapatan apatah lagi apabila melibatkan golongan asnaf.

Melalui Pusat Khidmat Masyarakat, Datuk Seri Tengku Adnan telah menggerakkan usaha untuk memberi sumbangan sepanjang tempoh Perintah Larangan Pergerakan membabitkan barangan keperluan asas iaitu beras, minyak masak, telur ayam, milo dan sardin kepada mereka yang memerlukan.

Bantuan barangan keperluan tersebut boleh diambil sendiri atau akan dihantar ke rumah mereka yang memerlukan.

Bagi warga Putrajaya yang memerlukan bantuan tersebut bolehlah menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Putrajaya di talian:

019-6640838

016-2880243

017-2666235