Berita

Salam Israk Mikraj, Aplikasi Sirah Rasulullah Hadapi Cabaran Terkini

PUTRAJAYA – Kedatangan Israk Mikraj Tahun 1441H hari ini perlu diaplikasi sebagai manfaat bersama dalam menghadapi cabaran hari ini, kata Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, dalam suasana rakyat hari ini berdepan dengan ujian menghadapi penularan wabak COVID-19, sesungguhnya penghayatan terhadap kisah Rasulullah adalah alternatif terbaik dalam memastikan kesejahteraan bersama.

“Semoga dengan kita memperingati Israk Mikraj yang merupakan kisah perjalanan Baginda Rasullullah SAW ini, ia akan mengukuhkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita semua kepada Allah SWT.

“Dalam kita berdepan dugaan dan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini, marilah juga kita mengimarahkan hari yang barakah in, dengan memperbanyakkan doa semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan menyatukan hati-hati kita untuk bersatu padu serta sentiasa melindungi negara daripada apa-apa musibah termasuklah penularan wabak COVID-19,” katanya lagi. – UMNOPutrajaya