Salam Aidiladha, Tingkatkan Amalan Dan Ketakwaan

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan isteri, Datin Seri Anggraini Sentiyaki mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga Putrajaya khususnya yang beragama Islam.

Katanya, semoga dengan kehadiran Aidiladha ini kita akan sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada-Nya di samping meningkatkan amalan seharian.

“Alhamdulillah, marilah kita sama-sama mengucapkan syukur kehadrat Ilahi yang terus member rahmat kepada kita dan meraikan Aidiladha ini. Semoga dengan berpeluang melakukan korban dan dapat menyuntik rasa keinsafan serta rendah diri untuk saling berkongsi rezeki yang diberikan Allah SWT,” katanya.

Beliau turut berharap agar Aidiladha ini juga menjadi pengukuh perpaduan dan permuafakatan dalam masyarakat setempat untuk terus memelihara kesejahteraan.

Artikel disiar pada August 21, 2018 - 10:40 am oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.