Muafakat Melaksanakan Ibadah Korban Bersama
PUTRAJAYA – Pelaksanaan ibadah korban secara bergotong-royong membentuk muafakat bersama sebagaimana yang telah menjadi kebiasaan bagi warga Putrajaya di sini.
Para pendududk setempat akan melaksanakan ibadah korban bukan hanya sebagai ibadah tetapi dalam masa yang sama dapat memberi kegembiraan dan merapatkan hubungan silaturrahim dalam masyarakat.
Walaupun ekonomi umat Islam di Putrajaya membolehkan mereka membeli dan makan daging, tetapi pemberian atau penerimaan daging korban mempunyai nilai tersendiri yang memberi makna sangat besar.
Semoga dengan ibadah yang dilakukan akan menyumbang kepada kesejahteraan berterusan.
You must be logged in to post a comment.