Selamat Bersidang Perwakilan UMNO 2018, Teruskan Perjuangan

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada para perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya yang akan bersama-sama dalam persidangan di Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya berharap agar para perwakilan akan dapat kembali menyemarakkan UMNO sebagai sebuah perjuangan .

“UMNO bukan hanya parti politik yang berjuang untuk bangsa Melayu tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya di negara kita. Ini telah UMNO buktikan melalui pentadbirannya bersama Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang dapat membawa negara keluar dari arus kemiskinan.

“Selaras dengan itu, marilah kita semua menumpukan kepada persidangan parti kita agar usaha bagi mengembalikan parti sebagai tampuk pentadbiran akan menjadi realiti,” katanya lagi.

Perhimpunan Agung UMNO 2018 akan bermula 28 Sept, Jumaat, dengan perasmian sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sebelum persidangannya berlangsung pada Sabtu manakala pada sebelah malamnya Presiden akan menyampaikan ucapan dasarnya sebelum dibahaskan pada Ahad oleh para jurucakap usul.

Artikel disiar pada September 27, 2018 - 10:13 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.