Berita

Ziarah Prihatin Turun Padang Pastikan Rakyat Terbela

PUTRAJAYA – Usaha membela rakyat dalam pelbagai peringkat dan dalam apa-apa juga keadaan tidak pernah bernoktah sebagaimana yang dizahirkan oleh Parlimen Putrajaya bersama UMNO Bahagian Putrajaya melalui Program Ziarah Prihatin Kebajikan Parlimen Putrajaya.

Melalui program ini, usaha telah dibuat untuk turun padang meninjau, melihat dan menyelami permasalahan rakyat khususnya yang uzur dan yang ditimpa kesusahan dengan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian terbabit, Puan Husna Abdul Rahaman bertindak mengetuainya sendiri.

Antaranya ialah berkunjung ke Hospital Putrajaya bersama anggota AJK yang lain dan menziarahi mereka yang ditimpa keuzuran.

Semoga dengan kunjungan yang dibuat dapat memberi sokongan moral kepada mereka selain sama-sama berdoa semoga segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.