Selamat Bersidang, Serlahkan Kebangkitan UMNO Demi Agama, Bangsa Dan Negara

PUTRAJAYA – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan selamat bersidang kepada semua bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara dan berharap agar mesyuarat tersebut diaplikasi sebagai peluang memperkukuhlan lagi parti.

Katanya, biarpun UMNO hari ini adalah pembangkang, namun ia bukanlah penghalang untuk kita bangkit kembali bagi memastikan perjuangan parti tetap bersemarak.

“Hari ini kita dapat lihat bagaimana bangsa kita diperkecilkan, agama kita diperkotak-katikkan dan negara kita mula menyusut dari aspek ekonomi, pembangunan dan sebagainya.

“Maka di sinilah bukti bahawa kewujudan UMNO amat penting sebagai kesinambungan perjuangan bagi menjamin bangsa Melayu dengan syiar Islam terus ditegakkan dan negara kita kembali gemilang,” katanya.

Mesyuarat UMNO Bahagian bermula pada 15 Jun yang akan berlangsung selama dua bulan hinggalah ke 15 Ogos depan.

Terdahulu, Majlis Tertinggi UMNO memaklumkan bahawa tarikh yang panjang diberikan bagi memberikan lebih banyak ruang dan masa kepada akar umbi untuk memperkukuhkan parti. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada June 17, 2019 - 5:31 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.