BeritaRencana

‘Ketua Kampung’ Tinjau Suasana Setempat, Gembira Perkembangan Terkini

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen tempatan yang lebih sinonim dengan panggilan ‘Ketua Kampung’, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa gembira dengan perkembangan dan suasana terkini di Nadi 15 Putrajaya.

Beliau yang meluangkan masa bersantai dan meninjau kawasan sekitar sambal bersarapan di sini turut berkesempatan bertemu orang ramai.

“Pagi tadi saya telah bersarapan di Dayang Sarawak Corner Cafe di Nadi 15, Putrajaya. Saya berpeluang bertemu dengan rakyat di samping meninjau beberapa kedai di sini.

“Saya berpuas hati dengan perkembangan sihat di kawasan ini kerana dahulu warga Putrajaya kerap membuat aduan terhadap kewujudan kedai mamak yang terlalu banyak di sekitar sini.”

Jelas beliau, selain itu, kewujudan restoran yang menyediakan makanan segera seperti Pizza Hut, Dominos, Natrabu Xpress dan lain-lain.

“Diharap perkembangan sihat ini berterusan dan lebih banyak lagi pengusaha-pengusaha Melayu datang untuk membuka perniagaan di sekitar Putrajaya memandangkan jumlah penduduk saban tahun semakin meningkat,” katanya lagi. –UMNOPutrajaya