Terima Kasih Semua… Rumah Terbuka Riang Ria Bersama Komuniti Putrajaya Meriah

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian tempatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berterima kasih dan melahirkan penghargaan kepada semua penduduk Putrajaya dan orang ramai yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Riang Ria Bersama Komuniti Putrajaya, hari ini.

Majlis yang berlangsung di pekarangan Gelanggang Mokhtar Dahari, Presint 18, hari ini telah dikunjungi lebih 5 ribu warga tempatan dari pelbagai latar belakang dan peringkat usia.

“Alhamdulillah majlis berlangsung lancar dengan semangat kekeluargaan dan silaturrahim yang utuh bagi warga Putrajaya.

“Saya amat menghargai kehadiran dan sokongan semua yang datang dalam majlis rumah terbuka saya.

“Terima kasih semua. Semoga permuafakatan ini akan menyumbang kepada kesejahteraan dan kelestarian masyarakat Putrajaya,” katanya.

Turut bersama beliau ialah isteri, Datin Seri Anggeraini Sentiyaki serta barisan kepimpinan UMNO peringkat bahagian. – UMNOPutrajaya

Artikel disiar pada June 29, 2019 - 9:47 pm oleh admin



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.