UMNO Putrajaya Perkukuh Perjuangan, Perkemas Gerak Kerja

PUTRAJAYA – Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya telah mengadakan mesyuarat bagi memastikan perjuangan UMNO terus diperkukuh dengan gerak kerja yang mantap dan kemas.

Ketuanya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mempengerusikan mesyuarat telah meminta semua ahli jawatankuasanya untuk meneruskan gerak kerja dengan lebih mantap.

“Kita mesti berusaha agar perjuangan parti ini akan terus bersemarak,” katanya.

Beliau telah mempengerusikan mesyuarat AJKnya hari ini yang berlangsung lancar di Pejabat UMNO Bahagian Putrajaya, di sini.

Jelasnya, bagi memastikan akar umbi bergerak, AJK diperingkat bahagian mestilah terlebih dahulu memperkemas usaha dan terus berusaha demi kesinambungan perjuangan UMNO. – UMNOPutrajaya

%d bloggers like this: