Sumbangan Nur Ramadhan
PUTRAJAYA – Mengambil keberkatan bulan Ramadhan, Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Putrajaya telah memberikan sumbangan dalam program ‘Nur Ramadhan’ pada 30 Julai 2011.
Majlis sumbangan tersebut telah berlansung di Surau Ar-Raudhah, Presint 16 dengan pemberian sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen yang juga Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Sumbangan ini deberikan kepada masjid-masjid, surau-surau dan surau-surau Jumaat di sekitar Putrajaya membabitkan jumlah RM31 ribu selain semua ahli jawatankuasa surau menerima sumbangan ‘Nur Ramadhan’ berupa khemah, kerusi meja, makanan, periuk nasi dan lain lain untuk kelengkapan surau masing-masing.
Dalam majlis tersebut juga turut menerima sumbangan ialah individu dan setiap rumah Komuniti di Putrajaya dengan sumbangan berupa mesin jahit dan oven.
Diharap sumbangan tersebut akan dapat sama-sama meminumkan kesulitan dan memartabatkan agama Islam dengan kedaulatan bangsa dan negara.
You must be logged in to post a comment.