Berita

Netbook 1Malaysia

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen merangkap Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah menyempurnakan perasmian majlis Penyampaian Netbook 1Malaysia pada 30 Julai 2011, bertempat di Dewan Sekolah Menengah Presint 18(1).

Seramai 500 orang pelajar yang ibubapa mereka berpendapatan rendah terpilih mendapat sumbangan netbook tersebut sebagai galakan dan manifestasi kerajaan memastikan penggunaan teknologi maklumat terus diperluaskan.

Majlis yang dihadiri oleh guru-guru dan ibubapa pelajar yang layak menerima Netbook 1Malaysia ini berlangsung lancar dengan melibatkan pelajar-pelajar dari sembilan buah sekolah yang berkelayakan termasuk Sekolah Menengah Agama Putrajaya.