Aktiviti & Komuniti

Biro IT Rancang Karnival Mega Putrajaya

Biro IT Rancang Karnival Mega PIBG, Guru dan Warga Putrajaya

Timbalan Pengerusinya, Wan Izran Wan Salleh memberitahu selepas mesyuarat Biro berkenaan kelmarin; pihaknya akan mengadakan jalinan kerjasama yang rapat dengan dua sayap utama iaitu Pemuda dan Puteri serta Biro Pendidikan dan Agama Bahagian dalam melaksanakan program berkaitan.

Katanya, program-program tumpuan kepada golongan muda ini akan menggunakan sebahagian besar premis sekolah-sekolah di sekitar Putrajaya. Program paling besar ialah mengadakan pertemuan PIBG serta para guru dan pelajar di seluruh
Putrajaya yang turut melibatkan acara Karnival.

“Program mega ini sudah dibincangkan dengan beberapa pihak berkaitan dan akan dilaksanakan antara April atau Mei depan,” ujarnya. Selebihnya akan diumumkan oleh Biro berkenaan sedikit masa lagi.