Ucapan

Coretan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua warga Putrajaya khasnya ahli UMNO Putrajaya. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah( 1hb Februari) dan juga kepada kaum Cina; saya sampaikan salam Tahun Baru Cina serta Gong Xi Fa Cai! Nampaknya tahun ini amat meriah kerana dua sambutan diraikan sekali dan ia pastinya membawa makna perpaduan besar kepada kita di Malaysia. Menariknya pula tahun ini bagi masyarakat Cina adalah Tahun Arnab yang sinonim dengan kejayaan, ketangkasan dan bijak melompat. Mengikut masyarakat Cina, 2011 dan Tahun Arnab aalah petanda baik untuk pelbagai
aspek Negara. Ini aalah kepercayaan mereka dan kita berharap ia adalah satu
reality.

Bertemu kita seperti biasa dalam ruangan Coretan Saya yang mana kali ini ingin saya berkongsi beberapa perkembangan semasa. Terlintas di hati untuk menulis ketika bergerak sana-sini di sekitar Labis sempena Pilihanraya Kecil Tenang; namun terlalu sibuk sehingga membataskan masa untuk bertafakur mencari idea untuk dilontarkan kepada para pembaca budiman semua.
Justeru, ada kelapangan ketika ini yang tidak mahu saya lepaskan peluang menulis supaya dapat terus bersama para pembaca. Bukan apa-apa, cuma sedikit isu semasa untuk kita renung bersama terutama berhubung kemenangan kita di Tenang tempoh hari. Angka-angka kemenangan yang bermakna itu juga mudah kita ingati iaitu majoriti kita BN kali ini lebih besar iaitu sebanyak 3707 undi dengan bilangan pengundi BN seramai 6969. Ada rakan beritahu saya sungguh unik kemenangan kita ini yang bukan sahaja petanda BN terus diterima malah dengan kekuatan gerak kerja serta kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak
khususnya menerusi slogan 1Malaysia membawa impak besar dalam mengalih sokongan semua kepada BN. Apa tidaknya biarpun hujan lebat sepanjangan hari mengundi; namun lebih 70 peratus telah keluar untuk melaksanakan tanggungjawab. PRK Tenang ini memang membawa ketenangan sungguh kepada kita dan jelas meletakkan pembangkang terus dalam kebimbangan serta ketandusan sokongan yang mana ternyata bakal merudum. Sekarang pembangkang mungkin sukar menerima dan masih mendabik dada kononnya masih releven; tapi biarkanlah sudah sememang pembangkang suka berdalih dan tidak boleh terima kenyataan…namapun pembangkang dan kerja cakap
sahaja tapi buat belum tentu.

Jadikanlah kemenangan BN di Tenang ini sebagai satu lagi penggerak untuk kita terus bersama memenangi hati rakyat. Setiap satu sudah diuji dalam PRK dari Galas hingga Tenang semuanya berpihak kepada kita dengan undian yang jauh lebih besar. Cuma harapkan janganlah kita tenang sahaja dan tidak berganjak untuk terus bangkit menyusun strategi selanjutnya dalam menghadapi PRU13 yang sudah semakin hampir.

Dalam satu aspek pula yang menghantui kita sekarang ialah keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu hujan lebat sehingga beberapa tempat di Malaysia dilanda banjir. Ketika ini sahaja lebih 50,000 orang sudah dipindahkan khususnya di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Hujan tidak mengira masa dan kerap berpanjangan. Perlu diingatkan dalam keadaan hujan lebat yang tidak menentu ini; semua pihak perlu berwaspada dan bersiapsedia dengan ancaman banjir. Keselamatan keluarga perlu diberikan keutamaan dan jangan biarkan anak-anak bermain banjir dan sentiasa mengawasi anak-anak. Persiapan untuk berpindah jika keadaan teruk juga perlu diberikan tumpuan dengan mengumpulkan barangan berharga serta dokumen diri dan keluarga di tempat yang selamat. Mungkin di Putrajaya kita tidak menghadapi ancaman banjir tetapi nasihat tadi wajar disampaikan kepada keluarga atau saudara mara di kampong. Sudah lebih empat negeri dilanda banjir iaitu Johor,  Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Dalam keadaan beberapa tempat dilanda banjir, kita yang berkeadaan biasa tanpa perlu hiraukan air masuk rumah atau rumah ditenggelami air di Putrajaya; perlulah memikir sama kaedah membantu mereka yang diancam banjir seperti memberikan sumbangan atau bantuan yang boleh membantu meringankan masalah mangsa banjir. Kerja sukarelawan dan bersama membantu usaha pemindahan serta penyaluran bantuan makanan serta pakaian perlu kita usahakan sebagai tanda prihatin. Warga Putrajaya memang terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin kerana itu pelbagai kerja-kerja bantuan banyak diusahakan oleh warga Putrajaya. Kali ini, saya berharap semangat berkenaan turut terpancar dan lebih banyak kerja sukarela ini
dipamerkan oleh warga Putrajaya.

Bersama-sama kita membantu dan membina Malaysia yang dinmais, bersatu padu lagi aman dan makmur.