Berita

Umno Putrajaya Juarai Rakyat

Putrajaya – Masyarakat tempatan dijemput untuk bersama-sama dengan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam program Juara Rakyat yang akan diadakan di Dewan Sekolah Menengah Presint 8, jam 5.00 petang ini.

Antara pengisian dalam program tersebut adalah untuk menyampaikan anugerah kepada 131 anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai.
Selain itu, beliau juga akan menyampaikan sumbangan kepada lapan buah sekolah di sekitar Putrajaya atas kejayaan melahirkan pelajar-pelajar cemerlang.
Program tersebut akan berterusan dengan majlis sambutan Maulidul Rasul yang diisi dengan program ceramah agama di surau Al-Mizan, Presint 8 termasuk pemberian pakaian seragam baju melayu untuk ahli jawatankuasanya.