UMNO Putrajaya Bantu Jentera Pilihan Raya Kecil
PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya akan turun padang untuk bersama-sama membantu jentera Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka dan Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang.
Jentera dari bahagian terbabit akan bergerak bersama-sama anggota UMNO dan Barisan Nasional di kawasan terbabit khususnya sepanjang tempoh berkempen.
Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau akan berlangsung pada 6 Mac depan sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.