Program Mentor-mentee Ke Arah Kecemerlangan
PUTRAJAYA – Hubungan yang erat dalam setiap individu mampu membina keyakinan diri dan pembentukan sahsiah serta ketrampilan yang baik.
Sehubungan itu, salah satu program ke arah kecemerlangan yang boleh membantu ialah Program Mentor Mentee yang telah diadakan di Pusat Kesihatan Presint 11 pada 9 April lalu.
Program tersebut bertujuan menyediakan medan untuk membolehkan pelajar bertemu, berbincang serta merancang pembelajaran mereka bersama selain dapat mewujudkan hubungan antara guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan guru dengan ibu bapa pelajar serta masyarakat sekitar.
Selain menjadi salah satu dari sistem sokongan kepada kecemerlangan, program ini juga bertujuan untuk membantu setiap individu mengenali diri serta potensi yang mereka miliki di samping memberikan pendedahan dan menyuburkan budaya yang sihat bagi meningkatkan prestasi dalam kehidupan.