Berita

Majlis Penyerahan Komputer dan Jersi Bolasepak

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada anggota masyarakat untuk bergerak aktif dalam bidang teknologi selaras dengan perkembangan arus semasa.

Sebagai langkah menyokong perkembangan yang sihat di kalangan penduduk, beliau dengan sukacitanya telah menyampaikan sendiri komputer kepada para penduduk sekitar melalui satu majlis yang berlangsung di Surau An-Nur, Presint 11 pada 28 April 2011.

Dalam majlis tersebut, Tengku Adnan turut menyerahkan jersi kepada pasukan bola sepak kawasan tersebut.