Program Kembara Ziarah Kasih Puteri Lambang Prihatin Masyarakat
PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor memuji langkah generasi muda yang diwakili oleh Pergerakan Puteri UMNO dalam menunjukkan rasa prihatin terhadap masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik.
Ujarnya, langkah tersebut bukan hanya dapat meenunjukan rasa tanggungjawab tetapi apa yang lebih penting adalah rasa kebersamaan dalam memastikan golongan terbabit tidak dibiarkan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Kembara Ziarah Kasih Puteri yang berlangsung di Dataran Apartmen, Presint 16 Putrajaya pada 17 Mei lalu.
Program tersebut dianjurkan oleh Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dengan melibatkan semua Parlimen di Kawasan Wilayah Persekutuan.
Program ini bermula dengan melibatkan Bahagian Putrajaya, Cheras, Bandar Tun Razak, Seputeh, Bukit Bintang dan berakhir di Lembah Pantai. Seterusnya ia akan dijalankan pada 21 Mei 2011 yang melibatkan Bahagian Setaiwangsa, Titiwangsa, Wangsa Maju, Batu, Segambut dan Kepong.
You must be logged in to post a comment.