Persidangan Wanita Pemuda Puteri Berlangsung Serentak
PUTRAJAYA – Persidangan Pergerakan Sayap UMNO Bahagian Putrajaya berlangsung dengan jayanya apabila ia dilaksanakan serentak melibatkan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO bahagian tersebut.
Majlis perasmian serentak persidangan tiga sayap Umno ini telah disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin pada 18 Mei lalu.
Turut bersama menjayakan majlis tersebut ialah Ketua Pemuda UMNO Putrajaya Datuk Ahmad Zaki Zahid, Ketua Wanita Umno Putrajaya Sadiah Abu Bakar, Ketua Puteri UMNO Putrajaya Husna Abd Rahman serta ahli-ahli UMNO Putrajaya yang lain.
You must be logged in to post a comment.