Berita

Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor memberikan sepenuh dorongan dan sokongan kepada generasi muda dan golongan pelapis yang turut serta dalam program Perkhemahan Kadet Bomba dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan bagi Kontijen Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Dalam usaha tersebut, beliau telah menyempurnakan majlis perasmiannya yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan P8 (1) Presint 8, Putrajaya pada 19 Mei lalu.