Berita

Takziah Buat Tengku Adnan dan Keluarga

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya dan seluruh warga kawasan terbabit mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara Ketua UMNOBahagian yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor atas kembalinya ke rahmatullah ayahanda beliau, Tengku Mansor Tengku Baba.

Allahyarham meninggal dunia sekitar pukul 2.30 petang dalam usia 80-an pada 12 Jun lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Badak Klang.

Justeru, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas Allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah