Rencana

Semarakkan Maidatul Rahman

PUTRAJAYA – Ketua Bahagian UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor turun padang dalam usaha menyemarakkan program Maidatul Rahman yang berkonsepkan pemberian juadah berbuka puasa secara percuma sama ada secara bufet dan menghantarnya ke rumah-rumah penduduk.

Melalui program tersebut, beliau turut sama melaksanakan penghantaran juadah istimewa antaranya daging kawah, sayur, sambal belacan dan kurma.

Dengan diiringi Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Jalan P8E, saudara Parjin, beliau telah menghantar sendiri juadah makanan yang disediakan dari pintu ke pintu rumah di sekitar kawasan tersebut pada 13 Ogos lalu.