Berita

Golongan OKU Tidak Dilupakan

PUTRAJAYA – Dalam persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri, golongan yang kurang bernasib baik dan orang kurang upaya (OKU) tidak pernah dilupakan dan atas kesedaran ini, UMNO Bahagian Putrajaya telah memberikan sumbangan kepada mereka.

Majlis anjuran Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Putrajaya ini diadakan pada 17 Ogos di Medan Selera Presint 8, melibatkan 24 orang OKU yang menerima sumbangan wang tunai bernilai RM150 setiap seorang selain kuih-muih untuk juadah Aidilfitri.