Berita

Kibarkan Jalur Gemilang

PUTRAJAYA – Dalam kemeriahan untuk menyambut Syawal yang bakal diraikan bersama dengan hari kemerdekaan negara, Majlis Penyerahan Jalur Gemilang telah diadakan dengan disempurnakan sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

Majlis anjuran UMNO bahagian Putrajaya dengan kerjasama JASA Wilayah Persekutuan ini berlangsung di Medan Selera Presint 8 pada 16 Ogos, dengan pemberian Jalur Gemilang kepada Pengerusi Jawatankuasa Penduduk di sekitar Parlimen tersebut.

Dalam ucapannya, Tengku Adnan mengharapkan kibaran Jalur Gemilang tersebut akan membangkitkan semangat perjuangan dan menghargai nikmat kedamaian dan kesejahteraan setelah 54 tahun merdeka