Berita

Maidatul Rahman

PUTRAJAYA – Program Maidatul Rahman yang berlangsung di Medan Selera Presint 8, sentiasa mendapat sambutan dari pelbagai pihak dan kesempatan tersebut turut digunakan oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Shamsudin Osman untuk turut serta.

Beliau telah tiba di kawasan tersebut dengan disambut sendiri oleh Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor pada 17 Ogos lalu.

Kehadiran beliau untuk turut serta dan bersama-sama dengan masyarakat pelbagai lapisan di sekitar Putrajaya adalah bukti sokongan tidak berbelah bahagi beliau selain memastikan kepimpinan berjiwa rakyat terus terpahat.