Rencana

Bersama Cawangan Bunga Matahari

PUTRAJAYA – Bulan Ramadan tidak membataskan Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku ahli Parlimen kawasan tersebut untuk bersama-sama dengan masyarakat setempat malahan peluang untuk bersama ahli-ahli UMNO di setiap cawangan sentiasa diperuntukkan.

Atas kesemptan tersebut, beliau telah memenuhi undangan untuk berbuka puasa bersama-sama ahli-ahli di cawangan Bunga Matahari.

Selain dapat meluangkan masa dan menikmati juadah berbuka puasa, beliau dapat mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat yang tidak pernah ada batasan atau sempadan.