Ucapan

Terima Kasih Jayakan Maidatul Rahman

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT kerana atas rahmat dan keizinan-Nya maka program Maidatul Rahman berlangsung lancar dan sempurnan sebagaimana yang direncanakan bermula dari 1 Ramadan hingga berakhir pada 24 Ramadan.

Apa yang pasti konsep Maidatul Rahman yang dilaksanakan secara gotong-royong dan sukarela dari para penduduk khususnya ahli-ahli UMNO Bahagian ini amat membangggakan apabila proses keseluruhan dalam penyediaan juadah disempurnakan sendiri yang bermula dari memasak, pembungkusan, menghidang, penghantaran ke rumah-rumah penduduk dan pembersihan kawasan dan peralatan yang digunakan saban hari sepanjang 24 Ramadan.

Justeru, dikesempatan ini saya mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diberikan kerana semua pihak yang telah bekerjasama dalam merialisasikan program ini termasuklah kepada Presiden dan pegawai-pegawai Perbadanan Putrajaya.

Sesungguhnya, budi baik dan pertolongan semua pihak amat disanjung tinggi dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala kerja-kerja ikhlas yang telah dilaksanakan sepanjang Ramadan ini.

Wassalam