Berita

Terima Kasih Meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, dalam kemeriahan Aidilfitri ini saya dapat menyempurnakan Jamuan Rumah Terbuka dengan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dari dalam dan luar kawasan Putrajaya ini.

Saya amat terharu dan berterima kasih dengan perhatian serta sambutan yang diberikan oleh masyarakat setempat dengan memenuhi undangan saya di jamuan tersebut.

Lebih dari itu, saya juga amat berbesar hati apabila Presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir dalam jamuan tersebut selain pemimpin-pemimpin parti dan anggota kompenan dari Barisan Nasional(BN).

Dalam kemeriahan jamuan ini, saya berasa amat sukacita kerana pelbagai lapisan masyarakat dapat berkumpul bersama-sama dan menjalinkan silaturahim dalam suasana harmoni, rukun dan damai.

Sehubungan itu, saya berdoa agar kita sentiasa dilindungi-Nya dan terus berusaha bersama-sama bagi memastikan keamanan dan kedaulatan negara kita terus bersemarak untuk kita dan generasi akan datang.

Sesungguhnya, pengisian kemerdekaan hari ini akan menentukan kegemilangan dan kecemerlangan generasi hari esok.

Wassalam…