Berita

10,000 Orang Meriahkan Majlis Rumah Terbuka Ahli Parlimen Putrajaya

PUTRAJAYA – Majlis Rumah Terbuka Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor berlangsung meriah dengan kehadiran masyarakat pelbagai lapisan dengan peringkat usia dan latar belakang berbeza.

Majlis yang berlangsung di kediaman beliau di no 13, Jalan P10D, Presint 10 pada 10 September lalu mula dikunjungi tetamu seawal jam 2.00 petang hinggalah ke pukul 7.00 malam. Dianggarkan seramai 10,000 orang telah hadir untuk bertemu dan meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama dengan pemimpin tempatan serta anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Putrajaya.

Pelbagai hidangan yang disajikan kepada tetamu termasuklah sate, soto, nasi impit, ketupat, lemang, laksa dan pelbagai buah-buahan.