Berita

Pusat Hemodialisis Untuk Warga Putrajaya

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa bersama-sama para pesakit buah pinggang dengan menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri anjuran Persatuan Hemodialisis Islam Malaysia yang berlangsung Presint 14 pada 25 September lalu.

Dalam ucapannya, beliau telah memberikan pengkhabaran gembira kepada anggota persatuan iaitu mewujudkan sebuah pusat khidmat dialisis di kawasan terbabit.

“Insya-Allah, selewat-lewatnya akhir tahun ini sebuah khidmat dialisis yang akan dikelolakan oleh Yayasan Al-Mansuriah dengan dinaungi oleh Yayasan Tan Sri Muhyiddin akan diwujudkan di Presint 15,” katanya.

Dalam majlis ini juga, para pesakit seramai 38 orang turut meraikan doktor-doktor dan jururawat yang bertugas.

Turut sama hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.