Berita

UMNO Putrajaya Sedia Hadapai Gelombang PRU-13

PUTRAJAYA – UMNO Bahagian Putrajaya telah siap siaga berdepan dengan pilihan raya umum biar pun tarikhnya belum ditetapkan melalui pemantapan ahli-ahli dan jentera yang akan menggempur bagi kesinambungan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Antara program yang telah disertai oleh ahli jawatankuasa bahagian tersebut ialah Program Makmal Pilihan Raya UMNO Wilayah Persekutuan yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU) di kampung Janda Baik pada 11 – 13 November lalu.

Melalui program tersebut, peserta yang melibatkan anggota UMNO Putrajaya mendapat input berkaitan perkembangan parti selain cabaran-cabaran yang akan dihadapai dalam berdepan dengan gelombang PRU ke-13 akan datang.