Program Komuniti Setempat Untuk Kesejahteraan Bersama
PUTRAJAYA – Kesejahteraan, keselesaan dan kesihatan masyarakat setempat terus menjadi perhatian pemimpin setempat apatah lagi dalam hal melibatkan keperluan harian. Sehubungan itu, program SUA Mesra Bersama Pengurusan Perbadanan Putrajaya dan aktiviti skuad ronda Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (PUSPEL) bersama wakil komuniti Presint 9 telah diadakan.
Program yang berlangsung pada 24 November ini telah disempurnakan oleh Naib Ketua Bahagian Datuk Haji Nordin Hassan bertempat di Bilik Serbaguna, Tingkat 1, Kompleks Kejiranan Presint 9.
Sesungguhnya, dengan penglibatan anggota penduduk dan kerjasama daripada pihak bertanggungjawab maka pelbagai strategi yang dirangka akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan sistematik selain berkemampuan mendapat perkhidmatan terbaik dan bertaraf antarabangsa.