Berita

Majlis Bantuan Rakyat 1Malaysia

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin merealisasikan program terbesar Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu rakyat dengan membela dan memberikan bantuan melalui Majlis Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Melalui majlis tersebut, bantuan akan diagih-agihkan kepada setiap rakyat yang layak dengan pendapatan bulanannya di bawah RM3,000 seisi keluarga berlandaskan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Rakyat boleh membuat pendaftaran sebaik sahaja tempoh itu bermula, kemudian dapatkan pengesahan daripada pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung dan Penduduk (JKKP),” katanya yang akan mengagihkan kepada mereka yang layak di sekitar Wilayah dan Labuan.

Majlis tersebut telah berlangsung di Panggung Dewan Bandaraya Jalan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada 8 Disember 2011 demi kesejahteraan rakyat tanpa membezakan ideologi parti.

Pada pembentangan Bajet 2012, kerajaan mengumumkan untuk memberi bantuan tersebut sebagai tanda prihatin dalam meringankan kos sara hidup rakyat di negara ini yang semakin meningkat.