Aktiviti & KomunitiBerita

Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Semua

PUTRAJAYA – Futsal bukan hanya sukan yang diadakan untuk kecergasan dan kesihatan tetapi ia juga mempau mengeratkan lagi talian silaturahim di kalangan peserta dan urus setia dalam satu keluarga besar, kata anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sememangnya tujuan futsal dan sukan-sukan lain amat baik dan amat dialu-alukan kerana dapat memberi manfaat selain kita dapat berkumpul beramai-ramai, bertegur sapa sesama kita serta berkenalan dan berfungsi sebagai sebuah pasukan yang mantap dan bersatu padu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia yang berlangsung di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18 Putrajaya selama dua hari bermula 9 -10 Disember.

Beliau turut menyarankan agar semua individu sama-sama untuk terus mengaktifkan diri sama ada secara individu atau berkumpulan, dalam apa jua aktiviti berbentuk kecergasan, bukan hanya dalam kejohanan sukan sahaja tetapi menjadikannya sebagai amalan harian dalam menjaga serta meningkatkan lagi kesihatan diri.