Berita

Cawangan Bunga Alamanda Antara Suara Akar Umbi Perteguh UMNO

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pertubuhan Cawangan Bunga Alamanda telah diadakan pada 21 Disember 2011 dengan dirasmikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Khairudin Samad.

Mesyuarat yang diadakan bagi membincangkan hal-hal semasa berkaitan hala tuju dan matlamat cawangan terbabit selain sentiasa berusaha membantu mempertingkat dan memperkukuhkan parti bermula dari akar umbi.

Turut sama dalam mesyuarat tersebut ialah Datuk Hj. Nordin Hasan, Naib Ketua Bahagian; Encik Rahimi Rejab, Bendahari UMNO Bahagian; Sadiah Bakar, Ketua Wanita Bahagian dan ahli-ahli jawatankuasa cawangan yang dilantik.