Selamat Hari Natal & Manfaatkan Ruang Bersama Yang Tersayang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia
Tahun 2011 semakin sampai ke penghujungnya dan dalam masa terdekat tahun baru 2012 akan menjengah. Di penghujung tahun ini tentunya ruang bersama keluarga menjadi keutamaan bukan saja dalam mengisi waktu cuti tetapi ia juga adalah masa bermanfaat bagi memenuhi keperluan menjelang tahun baru khususnya sesi persekolahan bagi anak-anak.
Sesungguhnya, masa terbaik adalah apabila dapat meluangkan masa berharga untuk orang tersayang khususnya anak-anak yang akan menjadi pewaris kepada kepimpinan masa hadapan.
Setiap saat mempunyai nilai sebagaimana diimplimentasikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang prihatin dalam menghulurkan bantuan kepada yang kurang berkemampuan. Bagi pihak penduduk dan pengundi Putrajaya, saya berterima kasih dan amat menghargai setiap bantuan kerajaan kepada warga Putrajaya termasuklah pemberian bantuan khas persekolahan bernilai RM100 setiap pelajar, program bantuan peralatan persekolahan, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain lagi.
Dalam kesempatan ini juga, saya mengucapkan selamat menyambut hari Natal kepada para penganut agama Kristian di kawasan Putrajaya serta kepada mereka yang meraikannya. Saya percaya dalam masyarakat majmuk di Malaysia, kita akan bersama-sama meraikan setiap perayaan atas semangat perpaduan yang menjadi kunci kerukunan dan kesejahteraan negara.
Wassalam
Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor
Ahli Parlimen & Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
22 Disember 2011