Berita

Setiausaha Agung UMNO Ucap Takziah Atas Kematian Kim Jong Il

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengucapkan takziah dan memberi penghormatan terakhir atas kematian Kim Jong-Il, pemimpin tertinggi Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) di kedutaan Korea Utara, di sini (28 Dis).

Kim Jong Il menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 17 Disember lalu pada usia 69 tahunketika dalam perjalanan ke kereta api akibat serangan jantung.

Sebelum kematiannya, beliau pernah diserang strok pada tahun 2008 namun keadaannya dilaporkan semakin stabil.

Negara yang reklusif itu sudah memulakan proses peralihan kuasa kepada anaknya Kim Jong-un, yang dipercayai lewat 20-an. – MediaUMNO