Berita

Aktiviti KEMAS Serlahkan Kemahiran dan Produktiviti Dalam Masyarakat

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Putrajaya sentiasa aktif dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti rakyat samada melalui pembelajaran berbentuk kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru untuk memastikan kelangsungan setiap individu mampu menyumbang ke arah kesejahteraan dan kemajuan bersama.

Selaras dengan itu, Program Majlis Malam Mesra Kelas Aktiviti Kemas Parlimen Putrajaya 2012 telah diadakan sebagai lembaran untuk tahun baru dengan dirasmikan oleh ahli Parlimennya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Pemantapan aktiviti KEMAS mampu melahirkan masyarakat yang berilmu,berdaya tahan, memiliki nilai nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan persekitaran kita lebih menarik selain kelestariannya terus dijaga,” katanya.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya pada 18 Januari dengan dihadiri oleh anggota Kemas Parlimen Putrajaya.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian, AJK 4 peringkat dan Pemaju Masyarakat Kemas.