Rencana

Penuhi Undangan Rakyat

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa memenuhi undangan perkahwinan Encik Razali Haji Talib yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian tersebut.

Kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh Datuk Seri Utama Tengku Adnan yang juga Ketua UMNO Bahagian tersebut untuk bersama-sama masyarakat tempatan memeriahkan majlis walimatulurus pasangan Nur Hanisah Razali dan Mohd Zulfahmi Haji Rosdi.

Majlis tersebut berlangsung meriah di Kompleks Kejiranan Presint 16, pada 21 Januari 2012.

Turut hadir bersama-sama , Datuk Seri Utama Tengku Adnan ialah isteri beliau, Dati Seri Anggraini Sentiyaki.