Rencana

Maulidur Rasul Terus Dihayati

PUTRAJAYA – Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun, Tabika/Taska Kemas Parlimen Putrajaya telah menganjurkan majlis sambutannya dengan harapan dapat menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam.

Majlis sambutan tersebut telah diadakan di Surau Al-Furqan, Presint 11 bertemakan ‘Persefahaman Asas Perpaduan Ummah’ pada 18 Februari lalu selepas selesai solat Zuhor.

Majlis tersebut telah diserikan dengan acara ilmu termasuklah ceramah berkaitan Maulidur Rasul yang mengupas kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan dengan menyatukan umat manusia yang pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan lantas menghubungkan silaturrahim, sifat bantu-membantu, pemurah dan sebagainya.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri kepada Ahli Parlimen Putrajaya, Datin Seri Utama Anggeriani Sentiyaki.