Aktiviti & Komuniti

Karnival WOW! Putrajaya Bermula

PUTRAJAYA – Karnival WOW! Putrajaya diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula 23 Februari di Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 dengan pelbagai acara menarik yang tentunya akan menghiburkan pengunjung yang hadir.

Antara program menarik disediakan adalah persembahan pertunjukan bunga api, Hot Air Ballon, F1 Simulator, Pameran Kesenian dan Kebudayaan Antarabangsa, RC Demo, Upin dan Ipin, Vintage Car, Tatu Angkatan Tentera Malaysia, Ferrari Auto Show, Sukan Rakyat, Futsal, Bridal Showcase, pertandingan karaoke dan banyak lagi acara lain.

Turut sama akan mengadakan persembahan untuk carnival ini ialah barisan artis terkenal tanah air menampilkan M.Nasir, Ella, Ramli Sarip, Hazama, Stacy, Mila dan Meet Uncle Hussein.