Hadiri Walimatul Urus
PUTRAJAYA – Anggota Parlimen tempatan, Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor telah meluangkan masa untuk turut serta memeriahkan majlis perkahwinan anak Puan Fadliah Mohamad yang diadakan di dewan Presint 9, Fasa 7 di sini pada 25 Februari lalu.
Kesempatan tersebut telah digunakan oleh beliau untuk bersama-sama para penduduk tempatan dan sanak saudara Puan Fadliah dalam meraikan walimatul urus tersebut.
Pada hari yang sama, beliau turut menghadiri majlis perkahwinan anak En Hussein di Fasa 4B, Presint 8, Putrajaya.
You must be logged in to post a comment.