BeritaUcapan

Putrajaya Lokasi Pertama Penghijauan Wilayah Persekutuan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam 1Malaysia

Sekali lagi, Putrajaya akan menjadi tumpuan sempena Karnival WOW! Putrajaya yang diadakan selama tiga hari berturut-turut bermula di Sisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 dengan pelbagai acara menarik bukan sahaja untuk warga tempatan tetapi juga kepada seluruh pengunjung dalam mengisi percutian hujung minggu ini.

Istimewanya, karnival tersebut turut dilaksanakan serentak dengan program ‘Penghijauan Wilayah Persekutuan’ dengan Putrajaya dipilih sebagai lokasi pertama bagi program tersebut.

Sesungguhnya, pelaksanaan Program Bumi Hijau dan kempen amalan bercucuk tanam di kawasan bandar memainkan peranan penting untuk menerapkan budaya bertanam sumber makanan sendiri agar rakyat dilengkapi ilmu dan amalan hidup yang bukan saja dapat menyumbang kepada meringinkan beban perbelajaan isi rumah, malah dapat memperkasakan masyarakat sekiranya berlakunya bencana alam yang mungkin menyekat aliran bekalan makanan ke pusat-pusat jualan.

Di Putrajaya sendiri, Program Bumi Hijau menitik beratkan pembabitan penduduk untuk berkerjasama dengan jiran tetangga dalam menjayakan kebun komuniti setempat bagi menjalankan aktiviti bercucuk tanam.

Perbadanan Putrajaya sebagai pihak yang menjalankan fungsi sebagai pihak berkuasa tempatan mengambil tempat sebagai fasilitator kepada komuniti agar mereka dapat merancang hala tuju pembangunan kebun masing-masing dengan mengambilkira peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dalam usaha bagi memastikan kelestarian alam khususnya Putarajaya, peranan semua pihak amat penting kerana usaha bersama akan melancarkan pelaksanaan perancangan sebagaimana hasrat kerajaan dalam agenda 1Malaysia.

DATUK SERI UTAMA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
Ahli Parlimen / Ketua UMNO Bahagian Putrajaya
26 Februari 2012