Berita

Putrajaya Inter Parks Ride dalam The Malaysia Book of Records

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyertai lebih 3,000 peserta Putrajaya Inter Parks Ride yang diadakan sempena Karnival Wow!Putrajaya 2012 dengan berbasikal sejauh 34 kilometer dari tapak karnival di Presint 2 menerusi laluan ke Presint 8, Taman Saujana Hijau, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Putra Perdana dan kawasan persisiran tasik.

Turut sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman. Acara tersebut merupakan usaha Perbadanan Putrajaya untuk mencatat rekod “The Largest Participation in a Inter-Park Cycling Event” dalam The Malaysia Book of Records dengan penyertaan seramai 3,075 peserta.

Antara program menarik disediakan sempena Wow! Putrajaya 2012 ini adalah persembahan pertunjukan bunga api, Hot Air Ballon, F1 Simulator, Pameran Kesenian dan Kebudayaan Antarabangsa, RC Demo, Upin dan Ipin, Vintage Car, Tatu Angkatan Tentera Malaysia, Ferrari Auto Show, Sukan Rakyat, Futsal, Bridal Showcase, pertandingan karaoke dan banyak lagi acara lain.