Berita

Makan Malam Seluhur Budi Dukung Aspirasi 1Malaysia

PUTRAJAYA – Program Makan Malam Seluhur Budi yang diadakan sebagai penghargaan kepada golongan veteran MAYC dan juga meraikan kecemerlangan warga pendidik serta para pelajar SMK Putrajaya Presint 9(2) telah diadakan dengan jayanya pada 3 Mac 2012 yang lalu bertempat di Dewan Tun Abdul Razak SMK Putrajaya Presint 9(2).

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin turut diserikan dengan pelbagai acara hiburan iaitu dipersembahkan sendiri oleh murid-murid di sekolah terbabit.

Dalam ucapannya, Datuk Raja Nong Chik amat berbesar hati dengan penganjuran majlis tersebut selain dapat memeriahkan kegemilangan dan kejayaan berterusan para pelajar yang kemudiannya menjadi kesinambungan kejayaan pada generasi hari ini dalam mendukung Gagasan 1Malaysia.

Turut serta dalam majlis tersebut ialah Presiden KVMM Datuk Nasir Safar selaku Yang DiPertua PIBG SMK Presint 9 (2).