Berita

Peranan PIBG Tingkatkan Kualiti Pendidikan

PUTRAJAYA – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah wadah utama yang menghubungkan antara guru dan ibu bapa dalam memastikan anak-anak mendapat kesempurnaan dalam pembelajaran selain menjadi antara mekanisme penting mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah.

Selaras dengan itu, mesyuarat PIBG, SMK Agama Putrajaya Kali Ke-2 Tahun 2012 telah diadakan pada 3 Mac lalu bertempat di Dewan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 11 (2).

Hasilnya, banyak program dan langkah telah diatur untuk diaplikasikan dalam memastikan pendidikan terbaik dapat diberikan kepada para pelajar dengan keselesaan dan kesempurnaan maksimum diberikan.